Assalamualaikum & salam 1 Malaysia

Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya

Tuesday, 24 January 2012

Kisah impossible kepada possible 1

Pada suatu malam, sedang Afiqah menyiapkan Homework, tiba-tiba Handphone nya berbunyi... mendendangkan lagu yang agak moden sedikit... "Assalamualaikum, ni Afiqah?..." kedengaran suara seorang teruna yang agak macho d talian. .. " Waalaikumsalam, ya saya. ni sapa?.." balas afiqah. "... saya Malik. ingat lagi tak awak bagi number kat Maispace?.." . Afiqah segera mengingati seseorang dengan nama itu. Tiba-tiba muncul wajah si teruna dalam mindanya. seorang teruna yang berjaya menarik hati Afiqah sehingga dia dengan rela hati memberikan nombor fon kepada teruna bersuara macho itu tadi.

Gembira sungguh hati Afiqah apabila pujaan hatinya sudah memberikan Respon yang baik. tapi, kenapa selepas sebulan? persoalan itu ditanya kepada si teruna lalu mendapat satu jawapan yang menambah kegirangan di hati Afiqah. ".. saya tunggu sebulan untuk mengenal dan memerhatikan awak dalam Maispace tu.awak je yang tak tau.saya da lama tertarik dengan awak.." begitulah jawapan si teruna.

sedang asyik mereka berbual, kini giliran si teruna yang bernama Malik itu memberi soalan kepada Afiqah, ".. awak, sudi tak awak jadi teman hidup saya?.." satu pertanyaan yang mungkin pertama kali diajukan kepada Afiqah. berdebar-debar jantung Afiqah mendengar soalan itu.perasaannya bercampuur baur. macam-macam pula persoalan yang bermain diminda si dara. soalan yang sangat simple tapi apa jawapannya? begitulah yang terjadi kepada si Afiqah ini. kemudian, ".. boleh tak saya bagi jawapan esok?.." jawab si dara. si teruna kemudian memberikan kata setuju dan tanpa pengetahuan si dara, hati si teruna juga berdebar-debar menantikan jawapan di dara. perbualan yang hanya dalam talian membuatkan si dara tidak mengetahui bahawa si teruna begitu mengharapkan satu jawapan yang pasti. agar dirinya juga bisa tenang.....


                                                    ...... Bersambung ........