Assalamualaikum & salam 1 Malaysia

Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya

Tuesday, 1 May 2012

Andainya Engkau mengerti wahai Teman...

Semalam aku inginkan kata-kata semangat dari dia,
Dia cakap, mana Ur parents?

Semalam aku ingin tahu adakah dia faham,
Dia cakap, 'Kamu tolonglah faham..'

Semalam aku Share dengan dia,
Dia hanya diam.

Semalam aku menangis kerana dia,
Dia tidak faham.

Semalam aku minta penjelasan,
Dia cakap aku keluar tajuk.

Semalam aku ingin berbincang tentang hubungan,
Dia cakap sabar,nanti kita bincang.

Semalam aku tunggu dia bagi penjelasan,
Dia tidak tunaikan kata-kata dia,

Semalam aku luahkan isi hatiku yang terpendam,
Dia seperti bosan denganku.
Dia cakap aku selalu berfikiran negatif.
Dia cakap aku tidak faham.
Dia cakap aku .......

Andainya Dia,Teman yang tahu isi hatiku, Kenapa perlu menghampakan aku? diri ini umpama tidak bernyawa. tapi Dia,Teman, tidak ambil kisah.
Semoga Dia,Teman, sentiasa Bahagia. akan aku Doakan kebahagiaannya dengan ikhlas
Walaupun aku, Sakit, Tenat,.. Kerana Teman, Aku sangat-sangat Sayang padamu....

Kisah Impossible kepada Possible 3

... Disinilah segalanya bermula. Afiqah dengan rela hati meminta hubungannya dengan Malik diputuskan. Hal ini kerana dia ingin kembali kepada 'ex-boyfriend' dia yang dulu bukan main kaw-kaw lagi kecewakan si Afiqah. keputusan ini sangat tidak dapat diterima akal. sanggup dia buat perkara yang teruk. huhu.. emosi pulak saya ni. Tapi, Malik dengan iklhlas melepaskan Afiqah kerana ingin melihat Afiqah gembira. Dengan rela,dan diiringi senyuman, Malik mendoakan kebahagiaan mereka. Itulah Malik. Seorang jejaka yang sangat baik. bersedia menerima Afiqah semula andainya hubungan mereka tidak bahagia. Malik seorang lelaki yang sangat mengambil berat dengan Afiqah.

~~ Tidak Lama Kemudian~~

Hubungan Afiqah dengan 'Ex' dia tu retak. Tu la Hukum Karma. Tanpa rasa malu, Afiqah menagih semula kasih Malik. merayu agar dirinya diterima semula oleh Malik dan berjanji akan setia kepada Malik. Afiqah ternyata sungguh bertuah. hati Malik sentiasa terbuka untuk Afiqah. mereka menjalani semula hubungan mereka dengan banyak tolak ansur dan saling menyayangi. kini Afiqah tidak akan mensia-siakan Malik lagi. itulah pengorbanan terbesar yang diberikan oleh Malik kepada Afiqah. Wahai pembaca sekalian, janganlah contohi sikap Afiqah tadi. tetapi ikutilah sifat mulia yang ada pada diri Malik yang sangat jarang kita jumpa pada orang muda zaman ini.

kasih sayang yang Malik berikan kepada Afiqah tidak berbelah bagi. tidak pernah dia curang dengan Afiqah. tidak pernah terniat dihatinya untuk menduakan Afiqah. bagi Malik, Afiqah adalah wanita yang sangat sempurna walaupun kenyataannya, banyak lagi wanita yang sangat cantik diluar sana, apatah lagi mereka kini berjauhan. jauh kerana itulah takdir bagi mereka. Walaupun bukan pada tarikh-tarikh yang dianggap penting dalam hubungan mereka, Malik sentiasa memberikan hadiah kepada Afiqah. Hadiah yang walaupun tidak terlalu mahal, tetapi sangat bermakna bagi Afiqah. Baju kurung, minyak wangi, cincin, kerongsang, dan pernah mendapat hadiah seperti baju Malik sendiri. Sehingga kini, Afiqah sentiasa terbayang akan kata-kata yang ditulis oleh Malik dalam kad. Sangat menyentuh hati Afiqah. Afiqah sentiasa merasa beruntung dapat memiliki seorang kekasih seperti Malik. tiada apa yang dia inginkan lagi sekarang. baginya, semua sudah sempurna.

ibu bapa dan keluarga kedua-dua pihak kini setuju dengan hubungan mereka. mereka direstui. memandangkan kedua-duanya masih belum menamatkan pengajian, hal perkahwinan pun masih juga belum dirancang. kedua-duanya ingin berjaya sebelum melangkah ke tahap seterusnya. wahai pembaca sekalian, sesungguhnya, banyak halangan yang mereka tempuh selama beberapa tahun bersama. tapi, mereka boleh menyelesaikan setiap masalah itu dengan berbincang. janganlah dicontohi sifat yang tidak baik selama saya mengarang cerita ini. hanya Orang yang tahu sahaja akan Faham dengan cerita saya ini. kepada pembaca sekalian, hendak saya tegaskan disini bahawa, Ber'couple' dalam Islam adalah tidak digalakkan. fikir-fikirkan dan selamat beramal... terima kasih sbb sudi luangkan masa baca artikel ni. hanya yang tau akan faham. Insyaallah... :-)