Assalamualaikum & salam 1 Malaysia

Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya

Tuesday, 1 May 2012

Andainya Engkau mengerti wahai Teman...

Semalam aku inginkan kata-kata semangat dari dia,
Dia cakap, mana Ur parents?

Semalam aku ingin tahu adakah dia faham,
Dia cakap, 'Kamu tolonglah faham..'

Semalam aku Share dengan dia,
Dia hanya diam.

Semalam aku menangis kerana dia,
Dia tidak faham.

Semalam aku minta penjelasan,
Dia cakap aku keluar tajuk.

Semalam aku ingin berbincang tentang hubungan,
Dia cakap sabar,nanti kita bincang.

Semalam aku tunggu dia bagi penjelasan,
Dia tidak tunaikan kata-kata dia,

Semalam aku luahkan isi hatiku yang terpendam,
Dia seperti bosan denganku.
Dia cakap aku selalu berfikiran negatif.
Dia cakap aku tidak faham.
Dia cakap aku .......

Andainya Dia,Teman yang tahu isi hatiku, Kenapa perlu menghampakan aku? diri ini umpama tidak bernyawa. tapi Dia,Teman, tidak ambil kisah.
Semoga Dia,Teman, sentiasa Bahagia. akan aku Doakan kebahagiaannya dengan ikhlas
Walaupun aku, Sakit, Tenat,.. Kerana Teman, Aku sangat-sangat Sayang padamu....

No comments:

Post a Comment