05/April/2008....
Pada suatu pagi, handphone Afiqah berbunyi, dan mendendangkan lagu yang sangat la moden.(hahahaha). dalam hati Afiqah berbisik ingin menuka bunyi tersebut kerana sudah bosan.(apa la punya org.hihihi)...
..'Assalamualaikum Afiqah..' kedengaran suaira Malik di talian. '..Waalaikumsalam. hai Malik. Apa khabar?..' '..khabar baik. awak buat apa tu? BZ kew? . soal Malik. '.. x jugak.' balas Afiqah. '.. oh.. mcm mana soalan saya semalam? ada jawapan?..' tanya Malik pula. '.. kalau awak tak sudi, saya boleh cari yang lain..' sambung Malik. Dalam hati Afiqah sempat berbisik. ..'Cissssss! psyco punya budak..' Afiqah berfikir seketika. kemudian '.. Ya, saya terima/sudi..'. '..betul ka?terima kasih. Saya akan cuba yang terbaik dalam hubungan ni..' kata Malik.
Dalam diam, Afiqah tersenyum sendiri. Walaupun dalam hati dia masih belum dapat terima kehadiran seseorang dalam hidupnya setelah dia selalu dilukai. Tapi Afiqah tetap mencuba untuk mencari seseorang yang boleh membimbing dia dalam mencari keredhaan Allah dan memberi segala tunjuk ajar dengan ikhlas tentang agama Islam. Afiqah bukanlah seorang wanita yang jahil dalam agama tetapi dia ingin menambah ilmu yang lebih dalam sebagai bekalan ke Akhirat nanti. begini lah kisah Afiqah dan Malik bermula.....
..... Mei 2009..
'.. Bang, saya dapat masuk kolej!! Happynyaaaaaa! hehehe..' . '..Ya ka? bagusla mcm tu. Tahniah syg..' balas Malik dengan nada yang Gembira. Gembira sungguh dia dapat tau yang Afiqah dapat masuk kolej. '..Abg macam mana?..' tanya Afiqah, menganggu lamunan Malik tadi. '.. Abg ok je..hehe..' . begitulah pengalaman Afiqah selepas mendapat tawaran ke salah satu kolej di Malaysia ni. huhu...
beberapa bulan kemudian, Malik pula mendapat tawaran melanjutkan pelajarn ke Form 6. Kini giliran Afiqah pula merasa gembira dengan keputusan itu sebab bukan semua orang dapat masuk ke Form 6. yang terpilih sahaja. Pasangan ini begitu gembira menjalani kehidupan mereka walaupun masing-masing menjadi semakin tertekan dengan tugasan yang diberikan.
pernah beberapa kali Afiqah membuatkan Malik kecewa dengan sikapnya yang terlalu ego dan panas baran. walau bagaimana pun Malik tetap bersabar dan sentiasa memberikan nasihan dan tunjuk ajar kepada Afiqah yang dikasihi supaya tidak terus bersikap seperti itu. kasar dan selalu membuatkan Malik menangis seorang diri. Afiqah sering kali menyesal dengan perbuatannya terhadap Malik tetapi penyesalan itu mudah lenyap dan perkara sama sentiasa terjadi. kenapa Afiqah begitu? Mungkin usia masih muda. Dalam pasangan ada air dan api. dalam kes ni, Afiqah adalah api, Malik pula adalah air. suka duka diharungi bersama.
Pernah Afiqah bertanya kepada Malik, tidak menyesalkah dia mengenali wanita yang selalu marah-marah? jawapan Malik membuatkan Afiqah tertunduk malu. '.. Abg tidak pernah menyesal mengenali syg,malah abg sentiasa bersyukur dapat kenal dengan syg. perasaan Sayang abg semakin hari semakin bertambah dan abg tidak pernah kenal erti Jemu untuk mencintai diri syg..' . Satu pengakuan yang sangat ikhlas lahir dari hati Malik.
..... Januari 2010...
Afiqah tidak dapat meneruskan pengajiannya di kolej tersebut lalu dia mengambil keputusan untuk berpindah ke kolej lain dan jurusan yang diambil juga adalah baru. di kolej baru ni, dia banyak berubah. rasa bosan pula dengan hubungannya. Afiqah kemudian mula merahsiakan hubungannya dengan Malik kepada sesiapa yang bertanya tentang statusnya. of course la dengan lelaki kan. kalau dengan perempuan, jujur je dia jawab. apa la si Afiqah ni. Pada suatu hari, ntah mcm mana si Afiqah ni boleh terkontek balik dengan ex dia. 1st love masa skolah menengah dulu-dulu la katakan. tersangkut la pulak....
so, mcm mana hubungan beliau dengan Malik..????
..........~ Bersambung~................
No comments:
Post a Comment